Semalam petang lebih kurang jam 4.20, satu peristiwa ngeri berlaku di PUU. Kami didatangi seekor lipan yang besar, sebesar ibu jari sepanjang tapak tangan.. Waaahhh!!! Tak dapat nak ku gambarkan betapa ngerinya perasaan masa tu. Bayangkanlah, pagi aku duduk di meja lain tapi aku berpindah meja selepas lunch sebab meja asal tu dah diambil orang lain dan lipan tu pergi ke meja baru aku ni. Argghhh... (nak menghabiskan ayat ni pun kena tarik nafas berpuluh kali, aku masih terbayang-bayang peristiwa semalam)
Barangkali pada orang lain, perkara kecil je. Bahkan semalam, mereka menyambung cerita pasal haiwan-haiwan lain yang pernah ditemui,ular, khinzir etc yang ada di kawasan kampus, ye lah.. kampus FUU ni kan dikelilingi flora dan fauna,hutan simpan kekal.. tak peliklah dengan benda-benda ni.
Tapi, aku betul-betul fobia dengan benda-benda menjalar ni. Aku rasa nak membatukan diri semalam, tak mahu bergerak ke mana-mana, sebab aku takut kalau-kalau ada yang lain keluar dari bawah rak buku atau meja atau kerusi atau beg!! (sebenarnya dah termenangis pun) Sampai Mai ku minta temani ke kereta, untuk beroleh kekuatan. Ahhh.. meremangnya masih terasa sampai sekarang.
Aku tau, semua ini sekadar di dalam mindaku sahaja. Aku mesti kuat dan lawan perasaan takut tu. Tapi yang pasti, hari ini aku tak ke perpustakaan.. Bayangan semalam masih kuat. Aku cuba mengumpul kekuatan untuk melawan diri sendiri..
(tapi ada cerita kelakar juga. Sampai di rumah ketika minum petang, kuceritakan pada Asif, 'tadi ada lipan besaarrr ditepi kaki meja'. Terlompat dia, terkejut. Aku terlupa sebut, 'masa di perpustakaan tadi'... hehe..)
Tuesday, July 15, 2008
Saturday, July 12, 2008
Little magical things..
Semalam hari ku berwarna warni.. entah kenapa, aku macam diberi peluang untuk berfikir bila sesuatu tu berlaku.
Paginya, aku siapkan laporan yang perlu dihantar. To print out and updates a few things. Agak terkejar waktu sebab Najj dah tunggu di fakulti, nak nota.. Bila off the computer, aku perasan sakitnya belakang ni, sampai ke kaki...Kenapa ye, apa silapnya pagi ni, tak de pulak angkat barang berat. Stress ada kesan kepada back pain? Aku hela nafas, cuba meredakan kekalutan yang bersarang. Segera aku bersiap, serba ringkas dan cepat. Melihat diri di cermin, aduh.. wajah yang udah lama tak diulit di salon dek tak punya waktu, kasar berpasir, kusamnya... Ku sisir rambut, tapi perlahan kerana hati menerawang... Tiba-tiba ku rasakan sisiran sikat begitu menenangkan dan melegakan. Maha Suci Allah, betapa aku selama ini tak memperdulikan nikmat yang Allah berikan..
Di perpustakaan, sementara menanti jam 11.30 ku sambar CLRC report. Betapa ilmu itu milikNya, kadang-kadang benda yang sama dibaca berulang kali tapi tak mampu difahami, adakala kita beroleh sesuatu yang sangat mengujakan..
Tatkala mentari terpacak di kepala, aku, linda dan lain-lain (ramai juga semalam) berenang (errr.. belajar berenang) di swimming pool kompleks sukan putrajaya. Arghh... segarnya... mendengar kocakan air ditelinga, membiarkan diri terapung. Dan happynyeerr!!! kak tipah bilang aku dah ok! ha ha.. walau cuma setakat kick dan tarik nafas.. Tapi udah boleh berulang alik dari hujung sini ke hujung sana, ku kira cukup gemilang buat aku yang takutkan air ni... Pada aku, berenang ni betul-betul FearFactor, others can't tell you how not to be afraid, how to have confident with water. Benar-benar perjuangan dengan diri sendiri...
Petang, Fas bilang anaknya happy sangat dapat swimsuit baru. Aku terharu kerana dapat menyinarkan kegembiraan pada insan lain.. alhamdulillah..

Thursday, July 10, 2008
Teman Terulung
Ini tajuk lagu Anuar Zain, not a fanatic fan of him so dont be surprised I first heard of this song at today's TV3 Muzik-Muzik. Hemh.. cantik sulaman liriknya, by Azalea. (oh by the way, i dont really follow Muzik-Muzik as well, petang ni duduk depan tv and walla!!..... Anuar Zain with his new hair style). I like that better...
Nak sambung research work tapi teringat nak tengok senikata lagu TT tu, wupps! dah lama kat pasaran ke? ha ha.. sungguh aku tak tau. Memang biasa kan lagu masuk Muzik-Muzik, jangan lagu yang too fresh from album, nanti tak sempat masuk list, dah terkeluar..
Well, tengok Anuar Zain menyanyi (dengan rambut baru tu), reminded me masa kecik dulu, dia nyanyi kain pelikat ngan Ellina. Masa tu, bila keluar je duet dorang kat tv, ha ha... nak meletup dada, melopong tengok dorang joget. minatnyeerr!!! LOL. Indeed, he looks much younger in this style. Hope he'll stay this way. Macam mengembalikan nostalgia, at least some things dont change much..
Another 'penyanyi' that i really remember is penyanyi nasyid musabaqah. Group tu nyanyi ..."Ya..Ilahi.. Ya Rabbi.. (2x) Ampunilah kami... kejayaan sejati, demi menguatkan iman, dihati... sepanjang zaman, tuhan berkati, sepanjang zaman, tuhan berkati...". I wonder where is he now? Entah2, one of the ustazs yang selalu appear dalam program2.
hemh.. tah apa apa je yang aku tulis ni. But i glad i pen this down. At least, i make myself smile...

Wednesday, July 9, 2008
MHI, Berita & Nadal...
Assalamualaikum...
Waalaikum salam...
Kadang-kadang aku rasa rugi juga subscribe Astro sebab most of the time, TV3 jugak yang ditonton. Pagi-pagi, buka MHI, tengok telatah wardina, ally, fienda, abby, mazidul,fitri, AG. Walaupun banyak info yang dibincangkan, kadang-kadang tajuknya biasa je, tapi sebab dipersembahkan secara santai, jadi menarik dan tak perasan pun masa berlalu. Aku tak tau orang lain tapi pada aku program macam ni, sangat bergantung kepada kekuatan penyampainya. Mereka ada magnet untuk menarik orang menonton.
Berita, hemh.. baru perasan aku tak buka berita chanel lain rupanya. Oo.. ada, kat dlm kereta, buka radio 24.. Well, dalam keadaan tertentu, berita TV3 biased.. bab ni kadang-kadang aku rasa over, to the extent sometimes kena switch to other chanel just to get it over. Aku faham, they have their own reasons.. Cuma, i wish that they can deliver news more indipendently. Contohnya, perhimpunan Protes Satu Juta baru ni.. skrip menyebut something like, perhimpunan tu bersifat politik (kerana turut disertai oleh pemimpin parti pembangkang). Tapi, lawak pulak coz the immediate coverage was on another perhimpunan kat Padang Rengas ke somewhere, yang mana Menteri turun. Hemh.. i would say this is also political gathering.. (wups! this is not to state my political stand. Aku cuma rasa TV3 boleh susun beritanya supaya 'nada'nya tak begitu kedengaran cenderung ke satu arah, yang keterlaluan....) Bila makanan terlalu banyak dijolokkan ke dalam tekak, rasa nak keluar balik.. hemh...
Tapi aku salute TV3 sebab berani menyuarakan isu-isu rakyat, sampai kekadang aku rasa wartawan diorang ni lah 'wakil rakyat' dalam literal meaning(he he.. politik lagi ke ni...?). contoh, isu 2 minggu lepas rasanya, pencerobohan tanah tepi sungai kat muar. Wartawan tu menyusul ke pihak berkuasa. Yang tak tahan, pegawai kata lebih kurang cam ni la.. kita AKAN hantar notis pada 15 julai macam tu la.. (aku harap tak salah dengar .. ) Tersentak aku dengan jawapan tu. Biasanya, pihak berkuasa kata, kita dah hantar banyak notis, dah kompaun ke amende tapi pengusaha berdegil. Sedap la sket mendengarnya.. Tapi, AKAN?? Erkkk... guano ni..
back to Astro, emh.. memang rasa rugi subscribe cuma nasib baik ada sports channel. Wahh!! Nadal yang chumel itu telah menang... tak dapat Federer nak sambung kemenangan ke 6 Wimbledon.
Adios.

Sunday, July 6, 2008
Berubah...
Cerita ni masa kat UIA dulu,
Wiwi teman yang 1st kahwin & pregnant masa study.. Kat mana dia sekarang ek?
Dorang cerita, Wiwi suka sangat makan tau fu fa, minum air soya bean bla bla bla.. So best la, sebab orang kata kalau time pregnant banyak makan soya, anak jadi putih bersih. Tapi.. rupanya langsung dia tak lalu hape-hape je yang berkaitan dengan soya bean. Even pegi pasar malam pun tak boleh tengok gerai air soya bean tu, sure uwekk.. ha ha. ntah ye ntah idak cita ni, tapi memang aku sentiasa ingat je..
He he, itu intro je.. pagi ni, aku terperasan wangi bunga yang harum masa lalu kat tepi buai. Sangka ku bunga cempaka. Ku cium, kenapa lain pulak.. Semua bunga yang ada ku hidu, kecuali satu sebab aku tak tahan bunga tu, kadang-kadang aku rasa baunya terlampau kuat sampai seakan hancing. Dulu Asif letak dekat pintu depan, tapi aku minta hantar ke tepi rumah sebab tak lalu dengan bau tu.. Masih tak jumpa dimana puncanya, kucium juga akhirnya. Masya Allah, bunga itu yang harum pagi ni...
Ku fikirkan pelik.. kenapa sebelum ni aku kata busuk.. tapi sebenarnya tak pelik.. memang kita manusia sifatnya Baharu, berubah-ubah. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya pagi ini aku diberi peluang nikmat yang baru...
benar orang kata, kalau sayang jangan terlalu, takut satu hari kita membenci, kalau benci, juga jangan terlalu, takut satu hari jatuh sayang...

Mencari damai...
Hari ni cuaca panas.. Alhamdulillah..
Teringat suasana lepas hujan..
Pada aku, itulah suasana yang paling mendamaikan..
Bau lepas hujan yang segar, jalan yang basah, titik-titik air yang masih lekat dihujung daun, pandangan yang cerah dan jernih, hilang segala habuk-habuk dan debu yang selalu membataskan penglihatan..
Hemh... teringat pulak pantai dan ombak...
Bila nak bersantai, melegakan fikiran yang sarat...

Tuesday, July 1, 2008
Kasihan...
Tengahari tadi pergi jumpa supervisor di UKM..
sambil nak park kereta,
aku nampak monyet-monyet berkeliaran di jalanan..
terdetik kasihan di hati..
entah ada panganan atau tak hari ni untuk mengisi perut..
teringat Kyra, Ebi, Bobo dan Cifi dirumah..
selalu mengiau meminta
mewah mereka, diberi Friskies, Whiskes, nasi bergaul ikan rebus,
kadang-kadang makan bersuap...
Ebi tak mau makan sepinggan, mesti berasing.. kalau tak, rela tak makan..
tapi monyet-monyet tu.. kasihann...
dari jauh aku perhatikan kelaku mereka
matanya awas, seakan takut kepada manusia
tapi manusia juga gerun diagah mereka
siapa melangkaui ke alam siapa?
ntah..
aku beredar, rasa kasihan masih membekas
tapi sekadar itu yang aku mampu...

Friday, May 30, 2008
Syukur...
Alhamdulillah, bangkit pagi ni migrain dah reda. Dari petang semalam sakitnya ngap-ngap di kepala, rasa nak cabut dan masukkan dalam fridge je... Dugaan semua ni..
Dugaan besar semalam..
Abah mertua hilang kereta. Aku, mak dan abah pergi Cheras, buat rawatan untuk sakit mak di Taynton View. Sampai kat sana jam 3, balik 4.30. Tengok-tengok kereta tak da!!! Mula-mula aku ingatkan abah alihkan tempat parking. Rupanya gone!!! (tu yang terus migrain) Mak pun terus nangis.. Syukur juga tak tinggal benda-benda lain dalam kereta. Naik teksi turun teksi pergi balai polis maluri & pudu. Ntahla.. sian kat mak & abah. Kegembiraan nak sambut pernikahan Kak Pah minggu depan, tercalar dengan benda ni... Apa-apapun, perancangan sedia ada tetap diteruskan.
Cita kat balai polis, wah!! bagus la layanan polis sekarang. Kat pondok polis Pudu, staf kaunter helpful. Muka pun manis. Meredakan kekalutan yang berkecamuk... IO kat IPD Pudu pun ok. Semalam baru perasan, ramai Insp Insp sekarang muda-muda dan perempuan pun ramai. Caya la...
Thanx to Rusni gak, bersusah payah nak tolong, tak sangka lak sampai minta adik (Dang) hantar kitorang balik Sepang lagi.. Alhamdulillah, dimudahkan semalam, Kak Pah kata jalan pun tak jam walaupun pukul 6 lebih time tu. Lepas Maghrib di surau Balai Pudu tu, kitorang gerak balik...

Subscribe to:
Posts (Atom)