Semalam petang lebih kurang jam 4.20, satu peristiwa ngeri berlaku di PUU. Kami didatangi seekor lipan yang besar, sebesar ibu jari sepanjang tapak tangan.. Waaahhh!!! Tak dapat nak ku gambarkan betapa ngerinya perasaan masa tu. Bayangkanlah, pagi aku duduk di meja lain tapi aku berpindah meja selepas lunch sebab meja asal tu dah diambil orang lain dan lipan tu pergi ke meja baru aku ni. Argghhh... (nak menghabiskan ayat ni pun kena tarik nafas berpuluh kali, aku masih terbayang-bayang peristiwa semalam)
Barangkali pada orang lain, perkara kecil je. Bahkan semalam, mereka menyambung cerita pasal haiwan-haiwan lain yang pernah ditemui,ular, khinzir etc yang ada di kawasan kampus, ye lah.. kampus FUU ni kan dikelilingi flora dan fauna,hutan simpan kekal.. tak peliklah dengan benda-benda ni.
Tapi, aku betul-betul fobia dengan benda-benda menjalar ni. Aku rasa nak membatukan diri semalam, tak mahu bergerak ke mana-mana, sebab aku takut kalau-kalau ada yang lain keluar dari bawah rak buku atau meja atau kerusi atau beg!! (sebenarnya dah termenangis pun) Sampai Mai ku minta temani ke kereta, untuk beroleh kekuatan. Ahhh.. meremangnya masih terasa sampai sekarang.
Aku tau, semua ini sekadar di dalam mindaku sahaja. Aku mesti kuat dan lawan perasaan takut tu. Tapi yang pasti, hari ini aku tak ke perpustakaan.. Bayangan semalam masih kuat. Aku cuba mengumpul kekuatan untuk melawan diri sendiri..
(tapi ada cerita kelakar juga. Sampai di rumah ketika minum petang, kuceritakan pada Asif, 'tadi ada lipan besaarrr ditepi kaki meja'. Terlompat dia, terkejut. Aku terlupa sebut, 'masa di perpustakaan tadi'... hehe..)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ngerinya......
Salam Noor,
Update la dengan entri tentang kolokium UKM baru-baru ni. Nak sangat tengok Nor bentang depan Dato' Dr dari UIA tu..seram kan...
Swimsuit yang Kak Ani beli tu belum lagi dirasmikan..tak sabar nak buat perasmian ni..
Ok, keep on writing..
Post a Comment