Semalam hari ku berwarna warni.. entah kenapa, aku macam diberi peluang untuk berfikir bila sesuatu tu berlaku.
Paginya, aku siapkan laporan yang perlu dihantar. To print out and updates a few things. Agak terkejar waktu sebab Najj dah tunggu di fakulti, nak nota.. Bila off the computer, aku perasan sakitnya belakang ni, sampai ke kaki...Kenapa ye, apa silapnya pagi ni, tak de pulak angkat barang berat. Stress ada kesan kepada back pain? Aku hela nafas, cuba meredakan kekalutan yang bersarang. Segera aku bersiap, serba ringkas dan cepat. Melihat diri di cermin, aduh.. wajah yang udah lama tak diulit di salon dek tak punya waktu, kasar berpasir, kusamnya... Ku sisir rambut, tapi perlahan kerana hati menerawang... Tiba-tiba ku rasakan sisiran sikat begitu menenangkan dan melegakan. Maha Suci Allah, betapa aku selama ini tak memperdulikan nikmat yang Allah berikan..
Di perpustakaan, sementara menanti jam 11.30 ku sambar CLRC report. Betapa ilmu itu milikNya, kadang-kadang benda yang sama dibaca berulang kali tapi tak mampu difahami, adakala kita beroleh sesuatu yang sangat mengujakan..
Tatkala mentari terpacak di kepala, aku, linda dan lain-lain (ramai juga semalam) berenang (errr.. belajar berenang) di swimming pool kompleks sukan putrajaya. Arghh... segarnya... mendengar kocakan air ditelinga, membiarkan diri terapung. Dan happynyeerr!!! kak tipah bilang aku dah ok! ha ha.. walau cuma setakat kick dan tarik nafas.. Tapi udah boleh berulang alik dari hujung sini ke hujung sana, ku kira cukup gemilang buat aku yang takutkan air ni... Pada aku, berenang ni betul-betul FearFactor, others can't tell you how not to be afraid, how to have confident with water. Benar-benar perjuangan dengan diri sendiri...
Petang, Fas bilang anaknya happy sangat dapat swimsuit baru. Aku terharu kerana dapat menyinarkan kegembiraan pada insan lain.. alhamdulillah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
waduh...udah pandei berenang kamu ya nona manis...bukan la lawan berenang
Post a Comment