Wednesday, July 9, 2008

MHI, Berita & Nadal...

Assalamualaikum...
Waalaikum salam...

Kadang-kadang aku rasa rugi juga subscribe Astro sebab most of the time, TV3 jugak yang ditonton. Pagi-pagi, buka MHI, tengok telatah wardina, ally, fienda, abby, mazidul,fitri, AG. Walaupun banyak info yang dibincangkan, kadang-kadang tajuknya biasa je, tapi sebab dipersembahkan secara santai, jadi menarik dan tak perasan pun masa berlalu. Aku tak tau orang lain tapi pada aku program macam ni, sangat bergantung kepada kekuatan penyampainya. Mereka ada magnet untuk menarik orang menonton.

Berita, hemh.. baru perasan aku tak buka berita chanel lain rupanya. Oo.. ada, kat dlm kereta, buka radio 24.. Well, dalam keadaan tertentu, berita TV3 biased.. bab ni kadang-kadang aku rasa over, to the extent sometimes kena switch to other chanel just to get it over. Aku faham, they have their own reasons.. Cuma, i wish that they can deliver news more indipendently. Contohnya, perhimpunan Protes Satu Juta baru ni.. skrip menyebut something like, perhimpunan tu bersifat politik (kerana turut disertai oleh pemimpin parti pembangkang). Tapi, lawak pulak coz the immediate coverage was on another perhimpunan kat Padang Rengas ke somewhere, yang mana Menteri turun. Hemh.. i would say this is also political gathering.. (wups! this is not to state my political stand. Aku cuma rasa TV3 boleh susun beritanya supaya 'nada'nya tak begitu kedengaran cenderung ke satu arah, yang keterlaluan....) Bila makanan terlalu banyak dijolokkan ke dalam tekak, rasa nak keluar balik.. hemh...

Tapi aku salute TV3 sebab berani menyuarakan isu-isu rakyat, sampai kekadang aku rasa wartawan diorang ni lah 'wakil rakyat' dalam literal meaning(he he.. politik lagi ke ni...?). contoh, isu 2 minggu lepas rasanya, pencerobohan tanah tepi sungai kat muar. Wartawan tu menyusul ke pihak berkuasa. Yang tak tahan, pegawai kata lebih kurang cam ni la.. kita AKAN hantar notis pada 15 julai macam tu la.. (aku harap tak salah dengar .. ) Tersentak aku dengan jawapan tu. Biasanya, pihak berkuasa kata, kita dah hantar banyak notis, dah kompaun ke amende tapi pengusaha berdegil. Sedap la sket mendengarnya.. Tapi, AKAN?? Erkkk... guano ni..

back to Astro, emh.. memang rasa rugi subscribe cuma nasib baik ada sports channel. Wahh!! Nadal yang chumel itu telah menang... tak dapat Federer nak sambung kemenangan ke 6 Wimbledon.

Adios.

2 comments:

Ruszia said...

cuba buka astro tgk channel AFC 703,besstt oooooo.....
weehh nko tak tau ke..kat padang Rengas tu sapa pi sana dapat duit kopi RM 70 Plus duit Minyak RM 20
sapa yg tak nak pi beb! makan tanggung lagi!Duit sapa tu?duit rakyat jugakkkkk......Wah sapa NAdal tu..aku tak kenai la...aku kenai Kimi rekkienen ajer...abis tu laki aku asik bukan F1 ajer!

noormy said...

Oh ye la.. AFC ok gak. Ok, aku tambah. selain tennis, aku tengok Ch 733 (DHH), 734 (DRT - OCC je la yang salu tengok), program Overhaulin',Monk, CSI (except Miami-x suke Horatio), Midsomer Murder, cerita manage hutang tu apa tah tajuk dia.. Oh.. banyak jugak la.. hemhh..tak la rasa rugi sangat bayar bulan bulan, he he..

Nadal-pemain tenis yang telah menderaikan harapan Federer untuk menjuarai Wimbledon ke6 kalinya. Menjadi kebanggaan negara bila berjaya membawa pulang trofi setelah sekian lama (last menang 1964). And he's so cute!!!